Thursday 14 October 2010

KADANG-KALA.

Aku melihat
satu persatu yang meliputi seluruh anggotaku berguguran
KADANG KALA terfikir sejenak
adakah ini balasan Tuhan atas kesalahan lampau?
atau hanya ujian yang harus ditempuh?
KADANG KALA terdetik rasa cemburu
apabila melihat manusia lain berupaya melakukan apa sahaja
dengan yakin dan tidak merasa gentar dengan perubahan diri
KADANG KALA aku teringin menjadi seperti mereka
tiada cela walaupun tak nampak
KADANG KALA aku merasa ada hikmah disebalik semua yang terjadi
KADANG KALA fikiranku sentiasa ligat memikirkan
smpai bilakah semua ini akan berakhir?
KADANG KALA aku juga terfikir
bagaimanakah hidup seperti mereka?
adakah ianya seronok? hebat?
tetapi KADANG KALA aku terfikir
bahawa ini adalah kelebihan yang harus disedari
dan hingga hari ini,
aku sentiasa mencuba untuk melangkah
dari hari ke hari
dengan keistimewaan ini
dan KADANG KALA,
aku ingin semua orang mengetahuinya.