Sunday 21 October 2012

SPESIES!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh wahai pembaca =)

Kali ni, saya menaip untuk menceritakan keterujaan saya bertemu dengan spesis yang sama dengan saya.

Alkisah...

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 19 Oktober iaitu birthday kawan baik saya (perlu ke?), saya ke HTAA untuk appointment doctor untuk medical checkup skin saya.
Macam biasa, saya akan datang lewat sikiiiiiiiiit je sebab tahu saya memang tak dapat jadi orang pertama untuk bersemuka dengan doktor.
Saya selalu bawak buku untuk acah-acah study padahal tak masuk pun.
Saje nak cover sebab nampak macam #ForeverAlone sangat sorang-sorang.
Kalau dulu selalu pergi dengan kakak, tapi kini dia telah meninggalkan saya....
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Bukan meninggal tu ye! Dia transfer ke HKL sebab dia dah stay sana. Hihi :p

Ok sambung!

Lepas dah ambik no giliran semua, saya pun duduk la.
Dan mula untuk konon-konon membaca yang memang tak masuk langsung pun.
Tetiba nurse keluar dari bilik doktor,
"Ok sesiapa yang datang lambat tu, sila-sila la pergi minum dulu ke, jalan-jalan dulu ke, sebab doktor yang bertugas hanya seorang, yang lain keluar."
I was like, DAMN.
Ok sambung acah-acah membaca.

*Sian anda wahai pembaca, klimaks lambat lagi, sabar-sabar. Ngeh ngeh.

Dan apabila muncul rasa bosan tu, saya pun toleh la kiri dan kanan.
Mata saya  tertumpu pada seorang budak, dia menghala ke pintu keluar dengan mak dia.
Oh, budak lelaki.
Yela, nurse suruh jenjalan kan, dia keluar la.
Saya je masih setia mengadap nurse kat kaunter tu.
Sepuluh minit kemudian, dia balik dengan mak dia, masuk ke Klinik Dermatologi tu la.
Dia dengan mak dia duduk kat barisan depan saya, so kira saya nampak la dia sebab tadi dia duduk belakang saya.
Masa tu lambat lagi nak sampai giliran saya.
Kebetulan depan dia, ada tempat kosong.
Saya pun berkemas-kemas, pergi duduk depan dia.
Molek je saya pergi duduk depan dia, dia keluar pulak dah.
Ok takpe.

Saya pun tegur la mak dia, "anak akak ye?"
Muka mak nya macam tak suka pada mulanya, sebab saya faham situasi dia mesti dah bosan orang tanya benda yang sama. (Get it? Takpe nanti anda semua tahu)
Mak nya menggangguk aje.
I said to myself, "don't give up, tanya lagi! Tanya lagi!"
Then saya tanya lagi, "anak akak dari lahir ye macam tu?"
Dia masih lagi angguk.
Dan....saya terus, "SAMA LAH DENGAN SAYA", sambil senyum lebar.
Si mak nya pun terus jadi bersemangat.
Tak lama tu, si anak nya pun datang, duduk dekat mak dia.
Mak dia cakap kat dia, "abang, tengok akak ni, dia sama dengan abang."
Dia pun tengok saya sambil tunduk-tunduk manakala saya tersenyum amatlah riang.

Saya tengok tangan dia, kaki dia, muka dia, memang sama dengan saya.
Dalam hati saya bercampur aduk perasaan tu.
Gembira, teruja, sedih, simpati.......campur-campur lah!
Saya gembira, sebab saya berjumpa orang yang sama dengan saya selain kakak saya.
Saya teruja, sebab kami sama.. Dan first time jumpa spesis yang sama setelah 22 tahun buat medical checkup kat HTAA.
Tetapi, saya simpati sebab dia kena lalui apa yang saya dan kakak lalui.
It's okay, I know he's strong.
Dia 11 tahun, there's a lot to face at those age.

Macam-macam saya tanya mak dia, Kak Siti (ok dah berkenalan ye)
Kak Siti cakap, "akak ingat anak akak sorang je macam ni dalam dunia ni."
Saya pun cakap, "eh tak lah akak, ramai lagi. Actually, Congenital Ichthyosis ni worldwide kak, seluruh dunia pun ada, so akak jangan risau, dia tak keseorangan."
Dan saya bagitahu dia, makin besar, semuanya makin pulih.
Kak Siti tersenyum.

Saya tanya dia, ada tak orang ejek, tak kira lah kat sekolah ke luar ke.
Dia cakap, ada, sambil tunduk.
Okay! I know what it feels!
Dan saya terus cakap, "adik, persetankan dorang tu, kita ni insan terpilih, istimewa! Dorang takde macam kita, sebab tu dorang mengejek. Adik tengok kaki akak, kan sama dengan kaki adik."
Dia pandang, dan tersenyum.
Senyuman dia buat saya lega.
At least, saya dah naikkan semangat dia.

Tengah borak-borak, tak sedar dah sampai giliran.
Kak Siti masuk dulu, then baru turn saya.
Kami berjumpa doktor yang sama, iaitu Doktor Reny Mareny yang comel.
Actually, saya berhasrat besar.
Saya nak tubuhkan penubuhan Congenital Ichthyosis kat Pahang ni.
Sebab rasanya macam takde lagi, Malaysia pun macam takde.
So, I wanna help this community.
Doktor pun macam support.
For now, saya cuma nak dapatkan senarai nama pesakit CI ni je.
Jadi, kepada semua, kalau ada orang disekeliling anda yang ada CI, do inform me!
Jasa anda amatlah dikenang.

Lepas jumpa doktor, kami berjumpa pulak dekat farmasi ubat.
Si ayah pun ada, nampak macam tak sabar nak tengok saya.
Mungkin Kak Siti bagitahu dia, jumpa saya kat dalam tadi.
Masuk-masuk farmasi, ayah dia pandang aje, and sengih.
Saya pun........................sengih la kan, takkan nak menangis pulak hihi.

Dan kami sambung borak kat tempat kerja mak.
Mak abah pun jumpa dengan family Kak Siti.
Oh ye, nama adik tu Syeikh Mohd Syimir kalau tak silap.
Sempat la saya snap gambar adik tu sebelum balik.
Syimir nampak selesa dengan saya, mungkin sebab dia rasa kami sama.
And I like that.
Saya suka dia rasa macamtu, saya taknak dia rasa tersisih....like I used to feel.

*Semoga dia kuat.