Monday 8 October 2012

SI DARA.

Peace upon you!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh!

Kaifa haluka? Kaifa haluki?

Okay.......

Entry ni mungkin akan dikecam sebabnya dikhuatiri mempunyai unsur-unsur yang berat sebelah.
Tapi saya tetap nak menyuarakan apa yang tersimpan dalam kotak pemikiran saya.
Apa-apa jadi, settle luar la.
Kahkah!

So, here we go!
Kebanyakan lelaki nowadays mahukan gadis yang sempurna untuk dijadikan gf/isteri (tapi seelok-eloknya isteri lah).
Kadang-kadang, sesetengah kaum Adam ni sangat mementingkan kesempurnaan pasangan sehingga tak nampak kekurangan dalam diri sendiri.
Salah satu faktor nya ialah dia mahukan gadis itu bukan tujuan untuk membawanya ke "alam yang selama-lamanya".
Maka, kerana itu dia tak nampak "nilai" sebenar dalam diri wanita.

Berbicara soal dara dan teruna.........

Si lelaki gemar untuk ambil kisah soal dara sehingga membezakan dara dengan janda.
Jadi, semakin ramai wanita, khususnya yang masih dara, lagi-lagi yang berpegang teguh pada agama semakin mengambil kisah tentang keterunaan lelaki.
Macam yang kita biasa dengar, kalau gadis yang dah tiada dara biasanya digelar "rosak".
Sememangnya perkara ini memang perlu untuk diambilberat oleh kaum lelaki sebab hal begini memberikan impak dalam kekeluargaan sekiranya mereka mengikat tali pernikahan bersama.
Tetapi siapa yang merosakkan gadis-gadis itu kalau bukan lelaki (yang menzinanya)?
Maka waita-wanita yang suci ini pun merasa perlunya memilih suami yang juga suci.

Nafsu adalah elemen yang terpenting yang perlu dijaga oleh kedua-dua lelaki dan perempuan dalam perhubungan untuk mengelakkan terjadinya perkara sebegini.

So!
Adilkah bagi wanita yang tiada dara yang telahpun berubah ke jalan Allah SWT/insaf, ditolak oleh lelaki yang sebenarnya tiada teruna?

Kalau macam tu, bermaharajalela sangat lah si lelaki.
Boleh pilih ikut suka hati.
Belum lagi bicara soal rupa.
Ngeh ngeh ngeh.

Jangan terlalu bersikap diskriminasi.
Lelaki dan perempuan, masing-masing ada silapnya tak kira dari batin atau zahir.

Saya sangat respect kepada kaum lelaki yang menerima pasangan mereka seadanya.
Jika tidak sempurna, maka berusahalah mengubahnya bersama-sama.
Jangan dibiarkan dia tekontang-kanting bersendirian..
Kerana kita ingin menuju ke Sana beramai-ramai, bukan berseorangan.

Jangan menghukum seseorang kerana masa silamnya.
Jangan hanya memandang keaiban orang lain sedangkan yang diri sendiri tidak terjaga.

#NoteToSelfToo