Thursday 22 March 2012

"LALI TERIMA CACIAN"



As salam. Hurmmmmm. Seperti yang terlihat di atas, adalah saya. Masuk paper pulokkk! Hahahai. Terima kasih untuk kawan sekolah menengah mak iaitu Aunty Ainal sebab ayat-ayat beliau yang power dan telah menyentuh hati semua individu *thumbs up* serta sudi menulis tentang saya yang tidak sempurna ni. Tak lupa jugak terima kasih buat suami nya Uncle Nordin, selaku photographer on that day dan bersama anak bongsu mereka yang comel. 

Saya menulis ni adalah sehari selepas tersiar cerita pasal saya dalam paper. Banyak feedback yang dapat. Ada yang call nak sponsor ubat dan ada yang nak membantu menderma dana. Thanks a lot, saya sangat terharu. Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata semangat kat saya. Ada yang tak percaya saya ada penyakit tu. Hihi but nevermind, thanks once again. Saya okay jelah :')

Actually, niat utama saya nak ditemubual ni sebab.... saya nak membuka minda masyarakat, tentang wujudnya golongan seperti saya, dan yang senasib dengan saya. Saya nak membantu orang yang bernasib sama untuk tampil berani, dan tak lagi berasa sangat merendah diri dalam kalangan masyarakat. Saya tahu apa rasanya itu, saya sangat faham. Kerana saya alami keadaan yang sama.

Semenjak semalam, mana-mana saya pegi, orang mesti tegur saya. Pegi kedai makan pun, mesti ada yang cakap, "baru je baca pasal awak tadi". Saya cuma tersenyum. Cukuplah mereka sedar wujudnya spesies seperti saya di muka bumi ini. Dan satu lagi, mudah untuk saya menjawab kalau ada orang tanya mengenainya selepas ni, saya hanya menunjukkan keratan paper tu dan bacalah sendiri. Tak pun, tanya dia balik "cik tak baca paper ke?" Hahaha ok kidding. Sebab, nak menceritakan semula macam mana saya boleh dilahirkan sebegini tu amat mudah, tapi...takde siapa pun yang dapat faham apa rasanya. Dan rasanya, lebih million kali dah saya cerita pasal tu bila ada yang tanya. Rasa macam nak record pun ada, senang bila orang tanya, nah ambik ni dengar sendiri. Simple.

So sesiapa yang ada saudara-mara or kawan-kawan yang senasib dengan saya, please do inform me. Kalau boleh, saya nak sangat berjumpa dengan orang-orang bertuah ni. Mana tau rezeki kita pegi Denver sama-sama nanti on 22 Jun ni kan. Who knows? Haa. Harap diizinkan oleh Allah. Kalau ada rezeki, saya harap dapat pegi kesana. Doakan saya! Terima kasih Allah. Terima kasih semua! 




P/S : Saya malu sebenarnya. Gambar tu besor sangat. Muehehehe.

Tuesday 6 March 2012

DISTANCE RELATIONSHIPS.


Well said!


P/S : Isn't it beautiful? Keep growing love ;)

Saturday 3 March 2012

REALITI.

Aku dan Allah...tiada rahsia.

Hanya Allah yang merahsiakan :
Hari kiamat
Jodoh
Ajal dan maut

Sesungguhnya, hanya Dia tempat mengadu yang sebenar.




"Jodoh itu rahsia Allah, sweet kan Allah bagi kita surprise." - Anonymous.