Wednesday 21 November 2012

BERDAMAI?

Assalamualaikum semua makhluk Allah! :D

Harini saya rajin nak menaip mengenai "adik takkan dapat berkawan baik dengan abang."
Kalau dalam cerita omputeh kan selalu abang-abang membuli adik dorang.
Kira macam, "kau nak kawan/hangout/main dengan aku, kau kena ikut cakap aku."
Ha like that.

Anda-anda rasa, dekat Malaysia ada tak macamtu?
Haaaaaaaaaa mestilah ada!
Sebab cerita omputeh tu berlakon kat Malaysia kot! Ekekeke!
Tak lawak kan? Tau dah, muka ketat je baca sambil cakap, "ngarut nya budok ni!".

Ok nak sambung cerita ni, be readyyyyyyyyyyy!
Actually, saya nak cerita kisah saya masa kecik-kecik dulu.
Hmmmmm memandangkan saya ni anak bongsu dari 4 beradik,
saya macam manja sikit, sikittttttttttttttt jela tapi!
Jarak dengan abang-abang 4 tahun (kembar) (lama jugak kan jarak?)
Jarak dengan kakak 6 tahun. (lagi lama)

Since jarak saya dengan abang-abang saya 4 tahun, bila dah besor sikit,
saya nak la jugak main dengan dorang, asyik main dengan mak abah je kan.
Nak la jugak ikut dorang jalan-jalan ke, pergi taman ke.
Tapi asal nak ikut je mesti kena ada SYARAT.

Syarat-syaratnya adalah.................JENG JENG JENG!
1. Kena simpan rahsia (masa tu memang tak pandai simpan rahsia)
2. Kena ngaku anak angkat.
3. Kena ngaku muka macam bibik.
4. Kena ngaku makwe orang Hendon.
5. Kena redha jumpa kat tepi jalan masa baby.
6. Tak boleh mengadu domba sokmo.
7. MULUT KENA ZIP!

Seronok kan apabila dihadapkan dengan syarat-syarat begini?
Hahahahaha bila ingat balik, kelakar gila kot.
Tapi kakak tak sekejam abang-abang dua ekor tu haha.
Kalau Atai, dia ngusik nyakat aje sampai bagi nangis, selagi tak nangis, selagi tu dia tak puas hati dan tak gembira.
Kalaaaaaaaaaaaaaaaau yang Abang tu, hmmmmmmm payah nak describe sikit.. (mata ke atas, garu dagu)
Dia punya menyakat tu serupa nyakat orang besar!
But nevermind, I've get used to it haha.

Sampai sekarang pun kena buli lagi, tapi alhamdulillah tak bersyarat dah. (wekkk)
But whatever happens, I love you guys with all my heart!
Kejam la guane pun, kita sedarah sedaging right?
Bagai air dicincang takkan putus katanyaaaaa.
Ok lah tu je nak cerita.
Sebenarnya bosan, kbai!

Haaaaaa, saya sertakan sekali gambar-gambar bukti ye kat uols! :p

Ini Atai, yang suka nyakat.

Ok, dah kena kejar di situ.

Ni kakak, yang tak kejam mana tu, thanks haha :p

You seeee! Tangan Atai tu gerak kan?!

Sekali lagi, tengok apa jadi dengan saya!

Nasib baik jauh dengan Atai, kalau tak, mane nak senyum gitu -_-

Dalam flight, kena duduk pulok sebelah dia ni.....

Acah-acah berkawan baik :p

Happy Family =)

Atai mengganggu lagi sekali. Nampak tak kaki je tu?

Tengokkkkkkk!

Ok ini lah mangsa bersyarat tu :3

Hmmmm belum pape, tangan dah kena pegang :(

Drama je nihhhhhhhhh~

Drama lagi!

Tengok semangat adikmu, birthday abang dia, tapi dia yang semangat. *wink!




Sunday 18 November 2012

KELUHAN JIWA.

Seperti yang sampai di cuping telinga
Ianya perit untuk didengar
Saudara seagama
Hanya mampu memandang
Terkorbannya nyawa dari darah daging mereka...

Sedang selesa di bumi Malaysia
Kita...
Selesa dengan segalanya
Belum ada yang terseksa
Letakkan diri di dalam mereka
Tidak tercalitkah rasa?

Mereka...
Sanggup kehilangan puteri dan putera
Demi agama...
Demi Allah...
Pasti bertemu di Syurga

Kita tidak mampu
Kita amat lemah
Apatah lagi menghunus senjata...
Apalah salah menghulurkan derma atau doa, buat mereka...

"Ya Allah, selamatkanlah penghuni Palestin!"
"Ya Allah, satukanlah hati-hati kami!"
"Ya Allah, gerunkanlah Israel terhadap saudaraku di sana!"
"Ya Allah, tempatkan mereka di Syurga......."

Jika bukan atas hak agama, sokonglah mereka atas hak asasi manusia.


Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


*Courtesy from Ameno World


#PrayForGaza #FreePalestine #PrayForTheUmmah 


Thursday 8 November 2012

I'M IN LOVE!

Hi semua! Salam Jumaat! (Ye hari ni hari Jumaat)

Oh yessssssssssssssssssssss, I'm in love!
I'm  in love with a baby named Syaidatul Aqilla Nawawiyah hihi!
Kuat betul penangan baby ni yerk?
Qilla anak salah seorang staff kat tempat kerja emak.
Ibu dia kerja malam, so takde siapa nak jaga dia.
We were willing to take care of her.
Mula-mula macam taknak, because I'm not a type of baby lover.
Lama-lama tu jadi saaaaaaaaaaayang kat Qilla.
Especially time dia senyum!
Suka sangat!

Sekarang Qilla dah pandai nak merangkak.
Suka tengok tv pulak tu.
Duduk sorang-sorang tengok tv, then bercakap.
Heeeeeee gerammmmm!
Dia suka genggam kain.
So sekarang bagi la kain kat dia.
Senyap terus dapat kain.
Dia tiru saya masa kecik!
Takde kain tak boleh tidur :p

Senang je kalau nak bagi Qilla tidur.
Berselawat dengan zikir masa dodoikan dia. (Ok cliche)
Kadang-kadang tu nyanyi lagu dalam versi cerita A.L.O.N.G. tu.
Tapi tukar versi Q.I.L.L.A.
Tidur la dia! :D

Mak cakap, muka dia iras-iras arwah abang kami,
Muhd Asrul Affandi Bin Abdullah Sani.
Tapi bila tengok bebetul, ada gaya abah sikit-sikit :p
Kalau time tidur tu, sama je muka dorang.
Tapi....
Lepas ni mungkin tak dapat jaga Qilla dah.
Hmmmmmmmmmmmm..
Harap-harap Qilla tak lupa Ummy Bey dia :(















Baik sangat budaknya =')



Monday 5 November 2012

QURBAN!

Assalamualaikum awesome peeps!

First of all, Selamat Hari Raya Aidiladha / Qurban buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia!
I hope it's not too late to wish!
Well, I'm having so much fun celebrating Raya with families and relatives, and yes, GAIN SOME WEIGHT I guess.
Because I can see my cheeks when I look down, so not cool....
By the way, saya sambut Raya Qurban di kampung halaman yang tercinta iaitu Kampung Langgar Pekan atau Accident Village dalam erti kata urban nya.
And on that day, saya telah melanggar pantang secara besar-besaran dengan memakan daging kerbau dengan begitu rakusnya. (Kalah orang yang tak pantang)
Tapi takpelah, sekali sekala ye dak? :p
Kesan lepas tu kau tanggung la sorang kan? Muehehe.

Okaaaaay!

Raya Aidiladha tahun ni rasa macam seronok sikit.
Seronok dia lain macam sebabnya.....
Saya akan beraya bersama adik Syimir lagi!
(Sebenarnya entry ni macam rentetan dari entry lepas) (Zzzzz)

Malam raya da plan dengan Kak Siti nak pergi beraya dekat kampung dia, which is Pekan jugak, tak jauh dari kampung saya.
Lepas dah settle semua kat kampung saya, saya, Abah, Emak, Kakak, Atai & Kamal pun pergi ke rumah Kak Siti.
Abang je tak pergi sebab dia tengah potong daging korban dengan sepupu-sepupu yang lain.
I wish he did but.... tu lah, dia tak dapat pergi.

Masa mula-mula nak pergi tu dah message Kak Siti tanya direction.
Dia cakap nanti Syimir akan tunggu kat hujung simpang tu.
And I was so freaking excited!
Lamaaaaa nak sampai tu, nampak Syimir dengan baju melayu warna hijau melompat-lompat.
Dia agak hyper ye.

Ramai juga family Kak Siti ada sekali masa tu, memang ramai.
Segan.
Tapi sebab terlalu excited, segan tu macam hilang pulok! Hahahai.
Riuh rendah rumah Kak Siti dengan suara mak bercerita hal waris-waris yang dia kenal.
Rupanya kami ada bau-bau bacang jugak.
Tak lari la kalau orang Pekan tuh.

Lama jugak beraya situ, sempat la on FB bagai nak tunjuk page-page pasal CI.
Mereka melayan kami dengan baik sekali, terima kasih!
Happy dapat jumpa seluruh keluarga Kak Siti.
Cuma ada satu keluarga tak sempat jumpa, adik Kak Siti rasanya.
Hope dapat jumpa lagi nanti, insyaAllah. =)


Di sini saya selitkan gambar acah-acah raya sakan kami :D



























Sama tak muka kami? :D

P/S : Maaf ye, gambar tak berapa nak berkualiti sebab guna camera phone aje :p