Friday 29 October 2010

AIRMATA BUMI.

Tuhan,
Marahkah Kau padaku?
Sungguh deras curah murka-Mu
Kau hempaskan jari-Mu di muka bumi
Tercenganglah seluruh dunia.


Tuhan,
Mungkin Kau kuabaikan
Tak ku dengarkan peringatan
Ku sakiti Engkau sampai perut Bumi
Maafkan kami Ya Rabbi.


Tuhan,
Engkau Yang Perkasa
Jangan marah lagi
Biarkanlah kami
Songsong Matahari.


Tuhan,
Engkau Yang Pengasih
Ampunilah dosa
Memang semua ini
Khilaf kami
Hamba-Mu yang hina.


Betapa besarnya kuasa-Mu.

Wednesday 27 October 2010

SEMUA TENTANG KAMU.

Semua bermula dengan kebahagiaan
Tetapi pengakhirannya,
Sentiasa kekecewaan yang megiringi
Mengapa?
Kerna adanya manusia seperti kamu
Ya, seperti kamu yang tidak tahu menghargai.

Semua yang dilakukan untuk kepentingan diri
Ya, aku tahu
Kamu tidak pernah ikhlas
Tapi aku tetap dengan hati aku
Mengapa?
Kerna aku terlalu sayang kan kamu
Tak sadarkah kamu?


Semuanya aku simpan
Jauh di lubuk hati aku
Mengapa?
Kerna aku tak mahu kamu tahu tentang itu.
Aku terlalu risau jika ianya mengguris hati kamu.
Tapi,
Tak sadarkah kamu bahwa kamu sentiasa melukai aku?

Semua tentang kamu
Baik di mata aku
Meskipun kawan-kawan menidakkannya
Tetapi aku tetap dengan suara aku
Demi mempertahankan kamu
Kerna apa?
Aku sangat menjaga kamu.

Tetapi sayang,
Aku tidak pernah sempurna di mata kamu
Sehingga hari ini 
Aku sering tertanya-tanya
Mengapa aku perlu merasai semua ini?
Sedangkan bukan aku yang melukai kamu.


Kadang-kala
Perasaan terlampau sayang mengaburi segala mata
Aku tidak nampak segala kejahatan kamu
Segala kekejian kamu
Tapi sekarang
Buat pertama kalinya
Aku tetap dengan pendirian aku
Dengan relanya,
Aku pergi dari kamu...


 Semuanya tampak indah pada mula.


Akhirnya, kamu berseorangan.

SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT!

Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu
Janganlah Engkau lunturkan hasratku
Biarlah ianya berpanjangan
Engkau terangilah laluannya
Supaya mudah untukku menempuhnya
Jauhilah segala dugaan yang bakal tiba.


Amin Ya Rabbal A'lamin.


Beginilah semangat saya pada waktu ini :)

Tuesday 26 October 2010

BERBISIK.

Ya,
Sangat kecil.
Dan mungkin tidak sebesar kamu.
Rautnya kelihatan kasar.
Tapi realitinya,
Sangat senang dibentuk,
Serta tersentuh.


Ya,
Aku juga manusia
Ada hati, perasaan dan jiwa.
Mungkin tidak sama.
Tapi ianya amat terasa kemunculannya.


Ya, 
Kamu boleh melemparkan kata-kata.
Tapi tidak bagi aku,
Untuk menerima.
Kerna kadang kala
Ianya sangat berbisa,
Untuk diterima.


Ya,
Sedarlah bahwa 
Bukan hanya kamu
Yang punya. 
Tetapi juga mereka.
Yang juga sama
Pada mulanya.

Cuba menyentuh, tapi tahukah kamu apakah di dalamnya? :)

Friday 22 October 2010

GET WELL SOON MY DEAR!

Hey soul sista!


Stressful!
Don't you dare to come closer.
Not even a step.
I'm always be by your side.


Just remember,
You're always in my mind.
Although I'm not show it through myself
But I do, actually..


Get well soon sis! ILOVEYOU :)

Thursday 21 October 2010

THE MOST MEMORABLE MOMENT.

191010

Tarikh yang memang aku sangat nanti-nantikan! You alls mesti tahu kan? Hihihi! It's PARAMORE baby! But hari tu sangat clumsy sebab pergi ambik tiket lambat. Nasib ada Renee and Jue. Heee. Time sampai sampai Stadium nak ambik tiket petang tuh, memang RAMAI GILA orang! Lepas tu menjerit jerit! Haaaa, time tu dah rasa lain dah. Mula-mula tak sangat. Then lepas merentasi segala jenis manusia, dapat laaa tiket! Haa ni dia tiket :)


 Okay sambung cerita! Lepas ambik tiket tu, rushing pulak balik rumah sebab nak mandi manda bagai. (kelam kabut gila kan?) Dalam 7.30 macam tu baru gerak. Masa on the way tu, macam-macam perasaan ada. Risau, nak muntah, pening, cuak, nervous, ishhhh macam-macamlah! Dengan jamm lagi. Haishh. Thanks to my beloved sister yang hantar kami ke venue. Thanks a lot yeah! :))

Then my sis drop aku and Renee kat tepi stadium tu sebab dah pack gila kat dalam. So kami pun berlari lari anak la ke dalam dengan penuh semangat. HAHA tak boleh blah. Dari jauh dah dengar band opening perform iaitu Y2K yang semua ahlinya bertopeng kesemuanya. Time nak masuk memang macam semut la rasa. Berhimpit-himpit. Dengan pakcik makcik bawak anak sekali. Haih, yela kan, bukan kita je nak tengok Paramore. Hihihi. Sampai kat gate tu, ada pula spot check! Macam la aku bawak pistol kan. Katanya camera tak boleh bawak masuk. Tak tau la camera jenis apa. Okay dah lepas masuk, lega kejap.

Haaaaaa ni time nak masuk kat dalam stadium pulak. Ada lagiiiiiiiiiii! Haih! Lepas dah cop cop kat tangan bagai, kami pun cari la tempat duduk yang sesuai. Too bad, semua penuhhhh :( Kitorang pun lari keluar balik, pergi lari ke PS3 yang belah kanan. Then, sampai-sampai PS3 kanan tu, sama jugak. Tapi tak la se crowded tadi. Lepas tu kami pun cari la tempat duduk. Hahaha yang tak boleh blah nye, duduk sebelah family family. Memang rasa macam pegi ngan mak ayah laa! Hahaha. Tapi layan jelaaaaa.

Tak lama tu, kecoh-kecoh kat atas. Rupanyaaaaaaaaaaa, yang PS3 boleh masuk pulak ke PS2 yakni yang tengah tengah dan lebih mahal daripada tempat aku sekarang. Lepas tu, ramai gila orang panjat semula nak pegi ke sana. Hah apa lagi, aku takkan nak tengok je benda tu berlaku depan mata kan. Haaaaaa memang aku masuk la celah celah pagar tu. Bila dah penat berperang dengan orang-orang semua, dapatlah aku tempat yang agak clear.(clear la jugak daripada tadi). Haaa ni laa keadaannya dari kedudukan kami.



Tak lama lepas duduk duduk tu, gelap je dalam stadium. Crowd dah mula jerit-jerit diiringi music. Paramore buat gimik, macam ada tirai untuk opening song. Hah memang naik la segala bulu roma yang ada nih! Meremang remang wehhhhhhh! Adoiiiiii. Lepas tu bunyi drum, gitar and bass bersatu padu, so terjadilah lagu Ignorance for the opening song. Then, tirai pun jatuh. Time tu memang rasa macam sesak sesak nafas. Hahaha. Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Memang perasaan yang tak dapat nak describe la yang aku pernah rasa. Memang awesome gila! Hayley Williams tak payah nyanyi pun takpe. Sebab suara dalam Stadium lagi kuat daripada suara dia. Semua semangat gila. Nak nak orang yang tengah menulis ni. Lagi la nyeeee. Especially time lagu That's What You Get. Favourite tuuuuuu! Hahaha. Sepanjang show Paramore, aku tak duduk pun. Except untuk lagu-lagu slow macam When It Rains, Misguided Ghost & The Only Exception. Memang penat but worth it la kan.

Ini adalah for opening sequence.


Ini lah antara gambar-gambar sepanjang Konsert Paramore Live In Kuala Lumpur :)

Setlist
1. Ignorance
2. Feeling Sorry
3. That's What You Get
________________________

4. For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic
5. Emergency
6. Playing God
7. Careful
8. Decode
9. Let This Go (acoustic)
10. When It Rains (acoustic)
11. Where The Lines Overlap (acoustic)
12. Misguided Ghosts (acoustic)
13. crushcrushcrush
14. Pressure
15. Looking Up
16. The Only Exception
_________________________
17. Brick By Boring Brick
18. Misery Business
 The red-headed girl, Hayley Williams :)
 "LET'S BE FREAKS!" - Hayley Williams.
 Sempoi je kannnnnnnn!
 Ikatan kat tangan dia tu selalu ada :)
 JosHayley :))))
 When It Rains
 And that guy, shouldn't get up there!!!!! Huh. Dah la nyanyi wrong part! -__-
 Lepas menyarungkan T-shirt. She's all sweating. But, still cuteeeeeeeeee! :D
Last scene. The last song is Misery Business. Tak puas lagi dah habis :(

Lepas dah habis semua-semua, barulah jumpa kawan-kawan :)



Thanks guys. Sangat Happy malam tuh. Ingat tak orang Thailand? HAHAHA!

Tuesday 19 October 2010

HATI & JIWA.

Aku punya hati
Salah kah jika aku berkongsi?
Aku punya hati
Salah kah jika ianya diberi?
Aku punya hati
Salah kah kalau ianya dihargai?


Aku manusia biasa 
Yang punya hati 
Dan ianya tidak mati
Aku jugak manusia biasa
Yang punya jiwa
Dan ianya masih bernyawa


Pandanglah seseorang melalui hati
Bukan sekadar dari mata
Kerana ianya kosong
Tiada makna
Kerana semua sama
Makhluk yang dicipta oleh-Nya.



 Sometimes, it feels better like this.

Monday 18 October 2010

HARD, DON'T IT?

Everyday, everytimes
I'm trying my lungs out
To be optimistic and positively thinking
all theeeeeeeeeee time!
Talk to myself
At least...
For a pessimist
I'm pretty OPTIMISTIC :)

Smile even the image is not  yours :)

HILANG.

Tatkala jiwa sudah terpaut 
Sentiasa ada ruang yang terbuka
Antara genggaman tangan
 Lalu hilang dalam sekelip mata
 Walaupun ikatannya rapi
Tetapi tetap rapuh
Dan membawa serpihan aku
Bersamamu kesana
Lenyapkanlah segalanya
Sebelum aku turut hilang.

Sunday 17 October 2010

HEART & SOUL.

Dear Abah and Mak,

          You're always be in my heart, my deep heart
          My other half is yours wherever you go
          Your other half is mine too
          Please take good care of it
          Same as I do.
          Bear in mind that,
          I'm always there for you
          No matter how far we are
          Distance is not the abstraction
          As long as our heart is ONE.

Jiwa ini rindu kamu.

BERTAHAN.

Bertahanlah seperti burung yang masih menunggu di atas dahan sementara temannya telah terbang pergi.

 Bertahanlah seperti air terjun yang mengalir sehingga ke penghujungnya.

 Bertahanlah seperti matahari mencurahkan cahayanya sehingga senja tiba.

Saturday 16 October 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA.

It's about time to introduce to you, my bestie, Renee.


 Present.



 Past Tense. (Masa dalam Tanjung Rambutan)

Which one is better?
Hahaha, pada aku, dua-dua pun okay. As long as kau tetap kau. Eh tapi kan, umur kau dah nak 20 dah kan. Dah kau potong rambut, dah tak gaya macam 20. Hihi tak sabar la nak pegi PARAMORE. Dengan rambut baru pulak tu. Senang la nak headbang (Ya Allah koyanye). Dah lama tak spend time together kan, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tapi takpe, nanti kita boleh bersuka-ria bersama :) Hmm, aku nak merepek apa pasal kau ni eh? Okayla. Since kita dah nak dekat 4 tahun berkawan baik, aku nak kau tahu, yang kau la teman, sahabat, kawan yang paling perfect pernah aku ada. Even aku hangout dengan orang lain, bayang-bayang kau selalu ada sebelah aku. Tak percaya? Tanya Anis, aku selalu tersasul panggil dia dengan nama "Renee". Tak kisah la tu. Aku jenis yang tak pandai nak cakap depan-depan, sebab aku kan pemalu. So, ni la peluang aku nak cakap kan.(MALU) Kalau anda-anda semua nak tahu, bermacam-macam pengalaman yang kami tempuh sepanjang menjalani alam remaja bersama-sama. Ada yang positif, ada jugak negatif. Tihihihi macam bodoh rasa bila ingat balik. Tapi at least kita ada sejarah bersama kan? Hahahahaha! Ingat tak plan yang kita buat? Nak pakai baju apa, spek apa, kasut apa. Haaaa yang paling penting, handbag tradisional aku! Hahahaha kelakar la. Siap buat plan lagi. Alaaaa ceteknya minda. Yela time tu baru Form 5. Ish ish ishhhhh. Tetbocor pulak rahsia. Tapi takpe, untuk tatapan bersama. Haihh, kalau nak cerita memang panjang! Sebab banyak aku bergelak ketawa, menangis, bergaduh dan macam-macam lagi dengan kau. Aku nak kau tahu la semua ni. Aku sayang kau sehingga hujung nyawa aku. Kau orang penting selepas family aku. Ingat tu! Aku sayang kau. :')


P/S : Aku tak tau kenapa aku sebak time aku buat entry nih. Zzzz~

*Terpaksa update baru atas sebab-sebab tertentu :)

17 Oct 2010
03.05 am

FOUND!

Yes!
I've found a suitable place
Where I can wrote everything
From the bottom of my heart
Without any obstacle
Because this thing is really mine!
Sometimes,
Not everyone likes to hear
A story that is unrelated to them
So,
This is the best place
Where I can talk to :)


No one can stop me! :)

HATI PERUT SI MATA SEPET.

Dunia terbentang luas
Takkan sedikit pun tiada ruang baginya
Untuk berkongsi kegembiraan 
Sebagaimana kita melaluinya.


Adapun perasaan benci
Simpan sahaja
Kerana ianya tidak mempunyai akal
Seperti kita, manusia yang punya.


Jika tidak suka
Usahlah tangan atau kaki atau senjata diguna
Kerana ia, seperti kita
Mempunyai deria meskipun sakit.

Aku di sini berbicara
Bukan suatu omongan kosong
Hanya peringatan ianya ada pembalasan
Kerana ianya makhluk yang dicipta Tuhan
Jangan jadikan ia satu penyesalan.

Shout : Woi, kalau ye pun kau benci kucing, jangan menganiaya binatang. Kau ada anjing, aku tak pernah buat anjing kau sakit. Kerana apa? Kerana aku masih hormat, walaupun ianya haram bagi aku. Kau pun sama taraf dengan dia, takde otak! Aku benci! Aku benci! Orang macam kau, perosak dunia! Semoga Allah melaknat perlakuan kau sekeluarga.

Friday 15 October 2010

ACCEPTANCE.

"Alamak, jerawat! Taknak lah keluar. Malu."
"OMG, kulit aku burn! Oh, hitam la lepas ni!"
"Hishhh berminyaknye muka ni. Camne nak buat ha?"

Wahai gadis-gadis,
bersyukur lah dengan apa yang kau ada.
Sehingga harini aku tidak pernah mendengar lagi orang bertanya
seperti mana aku sentiasa bertanya.
Kerana tiada siapa yang dapat menjawabnya
Selain Dia.

NICE TRY! :)

PLOT.
  1. Kucing betina menjerit di luar pintu.
  2. Mangsa (saya) membuka pintu.
  3. Kucing jantan juga melulu masuk.
  4. Mereka mula bercangkerama.
  5. Mangsa cuba untuk menghalau dengan mengeluarkan suara yang manja. (Epic failed)
  6. Kemudian mangsa mendukung kucing jantan dengan penuh kasih sayang.
  7. Dicakar di beberapa bahagian, antaranya ialah kening, pipi, mata, hidung, tengkuk dan leher.
  8. Kucing-kucing tersebut berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
  9. Mangsa menghalau kucing keluar lalu melihat cermin. (CEDERA PARAH!)
  10. Kedua-duanya di humban keluar.

 Suspek.

Inilah hasilnya :)
 Mangsa.

P/S : Hati aku tetap sama terhadap kau walau apa pun kau buat kucing! HAHAHA.

Thursday 14 October 2010

IMISSYOUSOBADLY :(



I miss you
Miss you so bad
I don't forget you
Oh it's so sad.

I hope you can hear me

I remember it clearly.

The day you slipped away.....

Was the day i found
It, won't be the same

I didn't get around to kiss you
Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can't I hope you can hear me
Cause I remember it clearly
 

The day you slipped away...
Was the day i found
It, won't be the same

I've had my wake up

Won't you wake up
I keep asking why.
And I can't take it
It wasn't fake it
It happened you passed by

Now you're gone

Now you're gone
There you go
There you go
Somewhere I can't bring you back
Now you're gone
Now you're gone
There you go
There you go
Somewhere you're not coming back

I miss you...


P/S : Saya mimpi awak balik ke pangkuan saya. Kalau boleh saya tak nak terjaga dari mimpi tu! I need you to hear all my stories..

KADANG-KALA.

Aku melihat
satu persatu yang meliputi seluruh anggotaku berguguran
KADANG KALA terfikir sejenak
adakah ini balasan Tuhan atas kesalahan lampau?
atau hanya ujian yang harus ditempuh?
KADANG KALA terdetik rasa cemburu
apabila melihat manusia lain berupaya melakukan apa sahaja
dengan yakin dan tidak merasa gentar dengan perubahan diri
KADANG KALA aku teringin menjadi seperti mereka
tiada cela walaupun tak nampak
KADANG KALA aku merasa ada hikmah disebalik semua yang terjadi
KADANG KALA fikiranku sentiasa ligat memikirkan
smpai bilakah semua ini akan berakhir?
KADANG KALA aku juga terfikir
bagaimanakah hidup seperti mereka?
adakah ianya seronok? hebat?
tetapi KADANG KALA aku terfikir
bahawa ini adalah kelebihan yang harus disedari
dan hingga hari ini,
aku sentiasa mencuba untuk melangkah
dari hari ke hari
dengan keistimewaan ini
dan KADANG KALA,
aku ingin semua orang mengetahuinya.


4 Days Left.

I'm choked
I'm spinned
I'm dizzy
It's like something going on in my chest
But then, I can't wait.

PARAMORE

It's so closeeeeeeeeeeeeeeeeee.

I can feel it now
All over myself
I wonder if you could see right through me
Well it's kinda embarrasing I guess.

Wednesday 13 October 2010

AM I AN ALIEN TO STARE?

Two eyes ball are staring at me
Include another six eyes ball
I was like, are you kidding me?
I'm only have a pair of eye
Am I that weird?
I'm also thinking that way actually :P


ORANG BARU.

Hey peeps! I'm new here. So, kalau melawat ke blog saya ni, kalau nampak mengarut, faham-faham la ye. Sebab memang mengarut pun! Lambat kan saya? Orang lain join blogger ada yang dah bertahun tahun dah. Alaaa lambat la awak ni fiqa!  Eh eh peduli apa kan? Dah hati tiba-tiba rasa nak buat HARINI, lantakku diriku. Tihihihi. Err, actually, ramai kawan-kawan suggest suruh buat. Sebab dorang dah bosan kot tengok newsfeed Facebook dorang asyik keluar nama Fiqa Sani je post status. Dah la tu, status membosankan! Kan kan? Its okay kawan-kawan, ni haaa saya dah buat pun :)