Monday 24 September 2012

HIJABSTER!

Salam Alayk!

Hi! It's been awhile I didn't confess on this dusty dust blog.
Banyak sangat hal-hal dunia yang tak mengizinkan saya merepek di sini.
Tapi banyak pada malas la sebenarnya. Hihi!
Ni pun sebab sesaja nak hilangkan sawang-sawang kat blog ni, tu yang ku coretkan kisah sikit ni. Wecehhhh.
Sebenornya mengkome nok cerita pasal macam mana mengkome tergerak nak menutup aurat dengan lebih sempurnanyaaa.
Walaupun saya dah lama bertudung, tapi rasa macam baru detik ni nak cerita bagaimana boleh sampai ke "situ";)

Semua orang mengimpikan syurga, macam tu jugak saya.
Sebenarnya dah lama berniat, tapi tindakan dan nafsu yang membataskan semua.
Sebelum bertudung, nak dekat setahun jugak la start kumpul koleksi tudung & selendang. 
Bila ada masa lapang, duduk lah sengsorang dalam bilik, lepas tu pakai la depan cermin. 
Macam tu la seterusnya sehingga ke detik yang bersejarah (bersejarah la sangat!) dalam hidup :p
Dalam masa tengah slow-slow nak berubah tu, banyak jugak saya tanya dekat kawan-kawan yang baru berhijrah ; macam mana boleh berubah? Apa faktor? Apa kekuatan?

Mungkin sesetengah kaum lelaki & kaum perempuan (yang dah lama bertudung) akan rasa benda ni remeh je, tapi TIDAK bagi individu yang baru nak berubah. Ya, bukan senang.
Dugaan dia sangat besar.
Ramai yang tak faham.
Kat sini saya bagi ada satu quotes yang saya suka:

"Jika terlalu lembut, yg diseru pun lemau. Jika terlalu keras, yang diseru juga menghindar."
Yang saya faham kat sini, si penasihat juga kena faham situasi dan meletakkan diri dia di tempat individu tu. Keras kat sini bermaksud, tak perlu la menegur dengan cara sindiran dan perli.
Menegur biar ikhlas.
Yang ditegur bukan tak dengar atau tuli, tapi jauh disudut hati, dia sangat takut untuk menerima.
Sebab apa? Sebabnya.. Bila dia menerima, banyak sangat pengorbanan dan perubahan yang perlu dilakukan di mana dia mungkin masih tidak bersedia.
Bila dijawab "slow-slow lah" mungkin akan dikecam dan dihentam.
Tapi slow-slow tu biarlah nampak perubahannya dari yang baik kepada yang lebih baik.

Banyak yang difikirkan bila nak berubah ni.
Contohnya :
"Sampai bila iman akan teguh untuk menutup aurat selamanya?"
"Macam mana nak pakai tudung panas-panas nanti?"
"Tak boleh dah nak curl-curl or rebonding rambut dah lepas ni"
Walhal perkara ni wajib dan dituntutkan agama dan bila kira-kira, orang yang tidak bertudung lagi banyak masa dan wang yang dibazirkan untuk mencantikkan rambutnya.
Admit it, been there, done that.

Saya bertudung, ikhlas kerana Allah SWT.
Saya tak mahu mengheret abah, abang-abang serta kawan-kawan saya dan jika suatu hari saya punyai suami, saya juga tak mahu mengheret dia ke Neraka.
Bila bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, banyak benda akan dipelihara.
Banyak perkara yang kita segan dan malu nak buat.
Dalam aspek ni, bukan diri kita saja yang terjaga bila kita memelihara aurat kita.
Orang lain juga turut terjamin sebab tak terlihat aurat kita.
Jangan ambik hati ya kawan-kawan :)

Orang sekeliling pun kena bagi support untuk perubahan ke arah kebaikan.
Jangan MENCACI dan MENCEMUH.
Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Dia menulis segalanya........tentang hidup kita.

Saya juga sedang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Doakan yang terbaik untuk kebaikan bersama!
Hanya Allah SWT tahu keikhlasan kita =)


 Cakkkkkkk!!