Sunday 21 October 2012

SPESIES!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh wahai pembaca =)

Kali ni, saya menaip untuk menceritakan keterujaan saya bertemu dengan spesis yang sama dengan saya.

Alkisah...

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 19 Oktober iaitu birthday kawan baik saya (perlu ke?), saya ke HTAA untuk appointment doctor untuk medical checkup skin saya.
Macam biasa, saya akan datang lewat sikiiiiiiiiit je sebab tahu saya memang tak dapat jadi orang pertama untuk bersemuka dengan doktor.
Saya selalu bawak buku untuk acah-acah study padahal tak masuk pun.
Saje nak cover sebab nampak macam #ForeverAlone sangat sorang-sorang.
Kalau dulu selalu pergi dengan kakak, tapi kini dia telah meninggalkan saya....
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Bukan meninggal tu ye! Dia transfer ke HKL sebab dia dah stay sana. Hihi :p

Ok sambung!

Lepas dah ambik no giliran semua, saya pun duduk la.
Dan mula untuk konon-konon membaca yang memang tak masuk langsung pun.
Tetiba nurse keluar dari bilik doktor,
"Ok sesiapa yang datang lambat tu, sila-sila la pergi minum dulu ke, jalan-jalan dulu ke, sebab doktor yang bertugas hanya seorang, yang lain keluar."
I was like, DAMN.
Ok sambung acah-acah membaca.

*Sian anda wahai pembaca, klimaks lambat lagi, sabar-sabar. Ngeh ngeh.

Dan apabila muncul rasa bosan tu, saya pun toleh la kiri dan kanan.
Mata saya  tertumpu pada seorang budak, dia menghala ke pintu keluar dengan mak dia.
Oh, budak lelaki.
Yela, nurse suruh jenjalan kan, dia keluar la.
Saya je masih setia mengadap nurse kat kaunter tu.
Sepuluh minit kemudian, dia balik dengan mak dia, masuk ke Klinik Dermatologi tu la.
Dia dengan mak dia duduk kat barisan depan saya, so kira saya nampak la dia sebab tadi dia duduk belakang saya.
Masa tu lambat lagi nak sampai giliran saya.
Kebetulan depan dia, ada tempat kosong.
Saya pun berkemas-kemas, pergi duduk depan dia.
Molek je saya pergi duduk depan dia, dia keluar pulak dah.
Ok takpe.

Saya pun tegur la mak dia, "anak akak ye?"
Muka mak nya macam tak suka pada mulanya, sebab saya faham situasi dia mesti dah bosan orang tanya benda yang sama. (Get it? Takpe nanti anda semua tahu)
Mak nya menggangguk aje.
I said to myself, "don't give up, tanya lagi! Tanya lagi!"
Then saya tanya lagi, "anak akak dari lahir ye macam tu?"
Dia masih lagi angguk.
Dan....saya terus, "SAMA LAH DENGAN SAYA", sambil senyum lebar.
Si mak nya pun terus jadi bersemangat.
Tak lama tu, si anak nya pun datang, duduk dekat mak dia.
Mak dia cakap kat dia, "abang, tengok akak ni, dia sama dengan abang."
Dia pun tengok saya sambil tunduk-tunduk manakala saya tersenyum amatlah riang.

Saya tengok tangan dia, kaki dia, muka dia, memang sama dengan saya.
Dalam hati saya bercampur aduk perasaan tu.
Gembira, teruja, sedih, simpati.......campur-campur lah!
Saya gembira, sebab saya berjumpa orang yang sama dengan saya selain kakak saya.
Saya teruja, sebab kami sama.. Dan first time jumpa spesis yang sama setelah 22 tahun buat medical checkup kat HTAA.
Tetapi, saya simpati sebab dia kena lalui apa yang saya dan kakak lalui.
It's okay, I know he's strong.
Dia 11 tahun, there's a lot to face at those age.

Macam-macam saya tanya mak dia, Kak Siti (ok dah berkenalan ye)
Kak Siti cakap, "akak ingat anak akak sorang je macam ni dalam dunia ni."
Saya pun cakap, "eh tak lah akak, ramai lagi. Actually, Congenital Ichthyosis ni worldwide kak, seluruh dunia pun ada, so akak jangan risau, dia tak keseorangan."
Dan saya bagitahu dia, makin besar, semuanya makin pulih.
Kak Siti tersenyum.

Saya tanya dia, ada tak orang ejek, tak kira lah kat sekolah ke luar ke.
Dia cakap, ada, sambil tunduk.
Okay! I know what it feels!
Dan saya terus cakap, "adik, persetankan dorang tu, kita ni insan terpilih, istimewa! Dorang takde macam kita, sebab tu dorang mengejek. Adik tengok kaki akak, kan sama dengan kaki adik."
Dia pandang, dan tersenyum.
Senyuman dia buat saya lega.
At least, saya dah naikkan semangat dia.

Tengah borak-borak, tak sedar dah sampai giliran.
Kak Siti masuk dulu, then baru turn saya.
Kami berjumpa doktor yang sama, iaitu Doktor Reny Mareny yang comel.
Actually, saya berhasrat besar.
Saya nak tubuhkan penubuhan Congenital Ichthyosis kat Pahang ni.
Sebab rasanya macam takde lagi, Malaysia pun macam takde.
So, I wanna help this community.
Doktor pun macam support.
For now, saya cuma nak dapatkan senarai nama pesakit CI ni je.
Jadi, kepada semua, kalau ada orang disekeliling anda yang ada CI, do inform me!
Jasa anda amatlah dikenang.

Lepas jumpa doktor, kami berjumpa pulak dekat farmasi ubat.
Si ayah pun ada, nampak macam tak sabar nak tengok saya.
Mungkin Kak Siti bagitahu dia, jumpa saya kat dalam tadi.
Masuk-masuk farmasi, ayah dia pandang aje, and sengih.
Saya pun........................sengih la kan, takkan nak menangis pulak hihi.

Dan kami sambung borak kat tempat kerja mak.
Mak abah pun jumpa dengan family Kak Siti.
Oh ye, nama adik tu Syeikh Mohd Syimir kalau tak silap.
Sempat la saya snap gambar adik tu sebelum balik.
Syimir nampak selesa dengan saya, mungkin sebab dia rasa kami sama.
And I like that.
Saya suka dia rasa macamtu, saya taknak dia rasa tersisih....like I used to feel.

*Semoga dia kuat.






Tuesday 16 October 2012

CABARAN.

Cabaran seseorang wanita itu..

Diam — dia lemah .
Lantang — nampak salah .
Mesra — dia gatal .

Pasif — dipijak-pijak .
Kahwin — bila beranak? .
Tak kahwin — pasti digelak .
Berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
Tak tutup — lagilah heboh .
Setia — dimadu laki .
Curang — dicanang keji .
Terlalu cinta — dimain²kan .
Terlalu berjaga — dimarah²kan .
Menangis — rimas selalu .
Mata kering — dipanggil kepala batu .
Buat betul — pelbagai benda dipersoal .
Buat silap — sekampung berbual .

TETAPI UNTUNG wanita sebab setiap kali dilemparkan kejian & hinaan, SYURGA adalah tempatnya..

Cukup hanya menjadi SOLEHAH untuk dirinya dan suami (jika isteri) kerana ALLAH, patuh segala perintah Allah, InsyAllah dirinya sebaris dengan para bidadari & mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak, InsyaAllah... :)





Credit to 
Pakar Diari Hati.

Thursday 11 October 2012

SECEBIS KATA.

Antara nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada muslimat seluruhnya.

Wahai puteriku, 
Pintu pemulihan (cara mencegah) ada dihadapanmu.
Kunci pintu itu ada di tanganmu.
Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku,
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.
Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.
Engkau lah membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri (sesuatu yang berharga darimu).

Lelaki mengkehendaki sesuatu yang paling berharga darimu, iautu harga diri dan kehormatanmu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,
Demi Allah! 
Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian.

Demi Allah!
Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat  dan apabila mencintaimu hanyalah seperti teman akrab.
Bohong! Bohong! Demi Allah dia berbohong!
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan dari mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan padamu hubungan yang halal dan terhormat.
Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.




Monday 8 October 2012

SI DARA.

Peace upon you!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh!

Kaifa haluka? Kaifa haluki?

Okay.......

Entry ni mungkin akan dikecam sebabnya dikhuatiri mempunyai unsur-unsur yang berat sebelah.
Tapi saya tetap nak menyuarakan apa yang tersimpan dalam kotak pemikiran saya.
Apa-apa jadi, settle luar la.
Kahkah!

So, here we go!
Kebanyakan lelaki nowadays mahukan gadis yang sempurna untuk dijadikan gf/isteri (tapi seelok-eloknya isteri lah).
Kadang-kadang, sesetengah kaum Adam ni sangat mementingkan kesempurnaan pasangan sehingga tak nampak kekurangan dalam diri sendiri.
Salah satu faktor nya ialah dia mahukan gadis itu bukan tujuan untuk membawanya ke "alam yang selama-lamanya".
Maka, kerana itu dia tak nampak "nilai" sebenar dalam diri wanita.

Berbicara soal dara dan teruna.........

Si lelaki gemar untuk ambil kisah soal dara sehingga membezakan dara dengan janda.
Jadi, semakin ramai wanita, khususnya yang masih dara, lagi-lagi yang berpegang teguh pada agama semakin mengambil kisah tentang keterunaan lelaki.
Macam yang kita biasa dengar, kalau gadis yang dah tiada dara biasanya digelar "rosak".
Sememangnya perkara ini memang perlu untuk diambilberat oleh kaum lelaki sebab hal begini memberikan impak dalam kekeluargaan sekiranya mereka mengikat tali pernikahan bersama.
Tetapi siapa yang merosakkan gadis-gadis itu kalau bukan lelaki (yang menzinanya)?
Maka waita-wanita yang suci ini pun merasa perlunya memilih suami yang juga suci.

Nafsu adalah elemen yang terpenting yang perlu dijaga oleh kedua-dua lelaki dan perempuan dalam perhubungan untuk mengelakkan terjadinya perkara sebegini.

So!
Adilkah bagi wanita yang tiada dara yang telahpun berubah ke jalan Allah SWT/insaf, ditolak oleh lelaki yang sebenarnya tiada teruna?

Kalau macam tu, bermaharajalela sangat lah si lelaki.
Boleh pilih ikut suka hati.
Belum lagi bicara soal rupa.
Ngeh ngeh ngeh.

Jangan terlalu bersikap diskriminasi.
Lelaki dan perempuan, masing-masing ada silapnya tak kira dari batin atau zahir.

Saya sangat respect kepada kaum lelaki yang menerima pasangan mereka seadanya.
Jika tidak sempurna, maka berusahalah mengubahnya bersama-sama.
Jangan dibiarkan dia tekontang-kanting bersendirian..
Kerana kita ingin menuju ke Sana beramai-ramai, bukan berseorangan.

Jangan menghukum seseorang kerana masa silamnya.
Jangan hanya memandang keaiban orang lain sedangkan yang diri sendiri tidak terjaga.

#NoteToSelfToo




Thursday 4 October 2012

RESPECT!

Haaaaaaaai!

So..
This entry is about R.E.S.P.E.C.T.

Actually, respect isn't only about menghormati orang yang lebih tua or menghormati orang yang berpangkat lebih tinggi. 
Respect ialah some kind of perasaan hormat yang perlu ada dalam diri setiap orang. 
Tak kisah la versi hormat macam mana pun.

Dalam aspek respek kekeluargaan, of course la kita kena hormat kedua-dua ibu bapa kita dan adik beradik lain.
Anak-anak perlu hormat setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.
Sememangnya ada banyak kebaikan and YES, kita wajib ikut dan patuh pada ibu bapa selain patuh pada Allah SWT dan agama.
I found its a lot of advantages bila kita hormat pada ibu bapa.
Ingatlah betapa mereka susah payah membesarkan kita dulu.
Okay! Dah lari topik pulak ni.....
Ada hikmah yang terbaik di sebalik apa yang kita tak mahu dan tak suka.
Cuma kita tak tahu dan kita perlu cuba! ;)

And in a friends version pulak, respect juga penting dalam relationship.
Daaaaaan, saya memang post entry ni untuk tekankan dekat topik FRIENDSHIP ni lah.
Yang atas-atas tu merepek je. Huahuahuaaaaaaaaa~
Ok cont!
Apa jua keputusan yang dibuat oleh kawan-kawan kita tu, kita tak berhak masuk campur melainkan kita bagi nasihat atau sokongan.
And the worst part is, ada jenis kawan yang suka men"down"kan kawan sendiri which is really bad.
Kadang-kadang seorang kawan yang baik dan setia ni, dia memang tak nampak yang dia sedang "dijatuhkan" sebab dia memang dah already down atau sebab dia nak jaga hati kawan dia tu.
So, that's why you should have some respect in a relationship.
Outspoken doesn't really mean that you're smart honey.
Contoh la, kalau kok ye pun awak tak suka apa yang kawan awak suka tu, jangan lah hentam dia direct depan muka.
Dia pun ada perasaan malu.
Cuba letak diri awak kat tempat dia, apa awak rasa? *ok cliche.
So, the main point is, letak diri anda di tempat orang tu, baru anda tahu apa yang dia rasakan.
Make sure ayat yang kita nak sampaikan tu, tak mengguris hati sesiapa, lagi-lagi kawan kita sendiri.
You know, without friends, you're nothing too.

So, appreaciate them while they still right there besides you.
No one can makes you feel comfy as a true friend did.

Be like them.