Thursday 16 February 2012

SALAH KE KALAU AKU "CONGENITAL ICHTHYOSIS"?

Kat Malaysia ni, memang tak ramai yang ada "Congenital Ichtyosis" (malas nak explain, sila google). Kalau ada pun, siapa yang nak been exposed kalau diri dia lain daripada orang lain. Kan? Aku dan kakak aku adalah insan yang bertuah kerana diberikan ujian ini oleh Allah SWT. Aku terima.

Masa kakak aku lahir, aku tak lahir lagi (yela kan, jangan blur sangat). Jadi dia ialah orang pertama dalam family yang bertuah kerana dilahirkan unik dan berbeza dari insan lain. Aku pulak dilahirkan 6 tahun berikutnya. To be frank, aku rasa sedih sebab tak dapat bersama kakak masa dia sengsorang dulu. You get what I mean? Tapi kalau nak lahir sama, kembar la pulak kan. She's a tough girl at that time. Masa aku lahir, mak dah tak terkejut sangat sebab dia dah agak, kalau anak perempuan akan jadi macam ni.

Aku amat bersyukur dan berterima kasih sebab dikurniakan keluarga yang memahami dan menyokong. Kadang-kadang, terbit rasa nak bertanya, kenapa aku ni lain dari orang lain? Tapi tak terasa nak tanya sebab mak dengan abah dah menjaga aku ngan kakak dengan amat sempurna, dari segi ubat, appointment hospital dari kecik dan sebagainya. Terima kasih abah mak.

Bila makin membesar, penerimaan tu makin positif sebab makin besar, makin ok, alhamdulillah. Tapi rasa lain dari yang lain tu memang tak dapat dihilangkan. Kadang-kadang I am extremely down. Bila fikir balik, semua ada hikmah. Memang kena sentiasa positif. So I have to. Kalau nak ikutkan, time sekolah dah lali dengan ejekan. Call me alien and so on, DAH LALI okay. Tapi aku tak suka orang yang jenis pandang macam dia sorang ada mata. Oh lupa, manusia banyak ragam.

Kawan-kawan pun main peranan dalam kes ni. Bhahaha selok kes, macam serius sangat je bunyi. Yela, tanpa kawan-kawan pun, susah jugak nak hidup, sebab pergaulan tu penting. So, special thanks to kawan-kawan yang sentiasa berada dengan aku dan ehem-ehem yang terima aku seadanya. I appreciate it a lot guys! :) Mungkin pada setengah orang, mende ni doesn't matter pun. Tapi it does, for me. Mungkin sebab tu aku seorang yang sangat sensitif. Kot?

Selari dengan dunia makin canggih ni, aku pun mencari la orang yang senasib dengan aku dan kakak aku. Dan alhamdulillah, aku banyak jumpa dekat Facebook. Rupanya, Ichthyosis ni worldwide. Bukan sakit pelik sebab seluruh dunia, mesti ada yang kena. So here, I know bukan aku dengan kakak aku je macam ni. Masih ada lagi hihi. Selalu jugak borak-borak dengan dorang yang kat oversea tu, tukar tukar cerita dengan dia. Seronok! Even English aku terabur, omputih tu buat buat faham je. Ada yang dari US, Canada. Yang kelakornya, muka spesis kitorang ni semua sama! Hihik.

Aku pernah jumpa kat ECM orang macam aku, tapi segan pulak nak tegur. So pandang dari jauh jela. Kat oversea, dorang appreciate gila orang yang unik-unik ni. So, kenapa kat Malaysia tak boleh buat macam tu ye? Hmm. Aku buat entry ni, sebab aku nak bukak mata orang-orang kat luar sana. Penerimaan tu penting. Yang rasa diri tu tak sempurna, ada lagi yang kurang sempurna dari dia. So, bersyukurlah. Fikir sekejap pasal orang yang takde tangan dan kaki tu. Betapa susahnya dorang nak buat keje. Boleh nampak kat situ kan? Haa apatah lagi korang yang cantik dan hensem tuuu kan? So terimalah kejadian yang dicipta oleh-Nya ;)


Comel kan? :)




P/S : Jangan kerana kelemahan seseorang, kita memandang rendah kepada mereka.