Monday 13 February 2012

MEMUJUK ATAU DIPUJUK?

Bukan semua melemparkan kata-kata dengan hati dan perasaan
Dilemparkannya berdasarkan amarah
Tatkala terluka jiwa
Memujuk adalah terbaik dari dipujuk.

Memujuk hati sendiri,
Lebih bisa mengubatkan duka
Kerana diri empunya hati lebih memahami isi kandungannya.

Terkadang apabila dipujuk
Tidak ratanya berbuat dengan ikhlas dan rela
Diri yang berdiam lebih menenangkan segalanya
Dan sesungguhnya kata-kata itu amat tajam dan berbisa.

Memujuk hati dan jiwa empunya
Kekuatan yang padat diperlukan untuknya
Namun, dipujuk perlu menerbitkan keikhlasan dari hati
Lebih meninggalkan kesan yang sudah dicalar.



Nota : Kata-kata itu sungguh payah untuk dihapuskan.