Thursday 11 October 2012

SECEBIS KATA.

Antara nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada muslimat seluruhnya.

Wahai puteriku, 
Pintu pemulihan (cara mencegah) ada dihadapanmu.
Kunci pintu itu ada di tanganmu.
Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku,
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.
Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.
Engkau lah membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri (sesuatu yang berharga darimu).

Lelaki mengkehendaki sesuatu yang paling berharga darimu, iautu harga diri dan kehormatanmu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,
Demi Allah! 
Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian.

Demi Allah!
Jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat  dan apabila mencintaimu hanyalah seperti teman akrab.
Bohong! Bohong! Demi Allah dia berbohong!
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan dari mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan padamu hubungan yang halal dan terhormat.
Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.