Monday 5 November 2012

QURBAN!

Assalamualaikum awesome peeps!

First of all, Selamat Hari Raya Aidiladha / Qurban buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia!
I hope it's not too late to wish!
Well, I'm having so much fun celebrating Raya with families and relatives, and yes, GAIN SOME WEIGHT I guess.
Because I can see my cheeks when I look down, so not cool....
By the way, saya sambut Raya Qurban di kampung halaman yang tercinta iaitu Kampung Langgar Pekan atau Accident Village dalam erti kata urban nya.
And on that day, saya telah melanggar pantang secara besar-besaran dengan memakan daging kerbau dengan begitu rakusnya. (Kalah orang yang tak pantang)
Tapi takpelah, sekali sekala ye dak? :p
Kesan lepas tu kau tanggung la sorang kan? Muehehe.

Okaaaaay!

Raya Aidiladha tahun ni rasa macam seronok sikit.
Seronok dia lain macam sebabnya.....
Saya akan beraya bersama adik Syimir lagi!
(Sebenarnya entry ni macam rentetan dari entry lepas) (Zzzzz)

Malam raya da plan dengan Kak Siti nak pergi beraya dekat kampung dia, which is Pekan jugak, tak jauh dari kampung saya.
Lepas dah settle semua kat kampung saya, saya, Abah, Emak, Kakak, Atai & Kamal pun pergi ke rumah Kak Siti.
Abang je tak pergi sebab dia tengah potong daging korban dengan sepupu-sepupu yang lain.
I wish he did but.... tu lah, dia tak dapat pergi.

Masa mula-mula nak pergi tu dah message Kak Siti tanya direction.
Dia cakap nanti Syimir akan tunggu kat hujung simpang tu.
And I was so freaking excited!
Lamaaaaa nak sampai tu, nampak Syimir dengan baju melayu warna hijau melompat-lompat.
Dia agak hyper ye.

Ramai juga family Kak Siti ada sekali masa tu, memang ramai.
Segan.
Tapi sebab terlalu excited, segan tu macam hilang pulok! Hahahai.
Riuh rendah rumah Kak Siti dengan suara mak bercerita hal waris-waris yang dia kenal.
Rupanya kami ada bau-bau bacang jugak.
Tak lari la kalau orang Pekan tuh.

Lama jugak beraya situ, sempat la on FB bagai nak tunjuk page-page pasal CI.
Mereka melayan kami dengan baik sekali, terima kasih!
Happy dapat jumpa seluruh keluarga Kak Siti.
Cuma ada satu keluarga tak sempat jumpa, adik Kak Siti rasanya.
Hope dapat jumpa lagi nanti, insyaAllah. =)


Di sini saya selitkan gambar acah-acah raya sakan kami :D



























Sama tak muka kami? :D

P/S : Maaf ye, gambar tak berapa nak berkualiti sebab guna camera phone aje :p