Saturday 16 October 2010

HATI PERUT SI MATA SEPET.

Dunia terbentang luas
Takkan sedikit pun tiada ruang baginya
Untuk berkongsi kegembiraan 
Sebagaimana kita melaluinya.


Adapun perasaan benci
Simpan sahaja
Kerana ianya tidak mempunyai akal
Seperti kita, manusia yang punya.


Jika tidak suka
Usahlah tangan atau kaki atau senjata diguna
Kerana ia, seperti kita
Mempunyai deria meskipun sakit.

Aku di sini berbicara
Bukan suatu omongan kosong
Hanya peringatan ianya ada pembalasan
Kerana ianya makhluk yang dicipta Tuhan
Jangan jadikan ia satu penyesalan.

Shout : Woi, kalau ye pun kau benci kucing, jangan menganiaya binatang. Kau ada anjing, aku tak pernah buat anjing kau sakit. Kerana apa? Kerana aku masih hormat, walaupun ianya haram bagi aku. Kau pun sama taraf dengan dia, takde otak! Aku benci! Aku benci! Orang macam kau, perosak dunia! Semoga Allah melaknat perlakuan kau sekeluarga.