Wednesday 3 November 2010

1990-an, KANGEN.

Jika ditanya tentang itu
Aku memang sangat merinduinya.
Seandainya aku mampu mengubah waktu
Ingin ku ulang masa itu.

Sewaktu aku masih di atas tangan abah
Aku masih terasa hingga kini
Kehangatan badannya
Memeluk erat diri kecil ini
Aku panjat kamu, pukul kamu, marah kamu,
Tetapi kamu tetap begitu, tenang.
Masihku ingat,
Kamulah satu-satunya orang 
Yang bisa  membuatku menjadi tinggi
Jika aku tidak bisa nampak
Dengan memanjat kamu
Ya, aku sangat rindu.


Semasa emak memangku aku 
Di ribanya terbaringnya aku
Sehingga kini masih dinikmati kasih sayang itu
Air badanmu mengalir dalam darahku
Kata-kata kamu sehingga kini kedengaran di cupingku
Segalanya kamu berikan
Tanpa mengenal erti lelah
Betapa besar pengorbanan kamu, emak.
Aku tidak lupa
Betul, aku rindu itu juga


Walaupun aku mengotorkan buku-buku kamu
Kamu tetap menunjukkan tawa
Telapak kakiku diletakkan ke pipi kamu
Sambil mata kamu disepetkan
Tanda gembira kerana melihat aku tersenyum
Kamu menjaga aku 
Pabila abah dan emak tiada
Ya, itulah kakak yang tiada tolok bandingnya
Aku sayang kamu.


Telinga aku sering mendengar suara amarah ini
Ianya sangat perit
Malah hangat pukulan tangannya juga masih di ingatan
Dalam semua itu
Terselit gurauan yang aku rindukan
Kata-katanya sangat pedas
Tapi bermakna untuk dibawa ke masa hadapan
Jiwa ini rindu kamu abang
Rindu untuk kembali seperti zaman dahulu.

Aku sentiasa tertawa dengan diri kamu
Kamu ibarat kembar pada waktu dahulu
Aku seperti punya bayang-bayang lain
Biarpun kamu asyik mengusik
Sehingga membazirkan setitik air mata aku
Ianya sebenarnya sangat menggembirakan aku
Kerana aku terasa wujud 
Pabila bersama kamu
Atai, aku rindu kamu juga.
Rindu untuk bermain seperti dahulu.

Ya,
Sebetulnya,
Aku rindu kesemuanya!
Aku rindu zaman kerdilku
Aku rindu segalanya.
Aku rindu...


Semua hidup di jiwa aku.