Tuesday 3 January 2012

SEMPURNA.

Bila sebut tentang sempurna, semua orang mesti tak puas hati padanya. Allah SWT telah menciptakan kita sama rata, semua ada cacat celanya dan tiada siapa yang sempurna. Yang sempurna hanyalah Dia. Sebab tu ada ayat mengatakan "yang baik datangnya dari Dia dan yang tak baik datangnya dari kelemahan kita sendiri". Kita sebagai manusia harus terima seadanya.

Tapi, ada jugak yang tak boleh terima. Macam aku, aku memang terpaksa redha. Aku dilahirkan jauh berbeza dari orang lain. (sila rujuk entry ini untuk maklumat lanjut) Aku ada kelemahan aku sendiri. Dah 22 tahun aku hidup dengan diri aku ni. So macam dah lali dan imun. Cuma aku tak suka bila harus berhadapan dengan orang baru. Aku memang tak biasa. Yaaa, aku kan lain dari yang lain. You guys got what I mean kan? It feels like, rasa nak record je bila setiap kali orang tanya, then bagi dia dengar je recording tu. Ok zzz. Whatever it is, aku perlu terima kerana semua ni hanyalah pinjaman dari Allah, semua ni hak Dia.


Everytime aku down, aku akan fikir, lebih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari aku. You know, macam takde tangan, kaki, dan sewaktu dengannya. At least aku boleh lagi menikmati banyak benda yang dorang tak boleh lalui. Aku bersyukur. And setiap kali aku down jugak, aku akan teringat ayat abah, "kita jangan bandingkan diri kita dengan orang yang dirasakan sempurna dan cantik, sebab sampai bila-bila pun kita akan rasa kita ni takde apa atau buruk and what so ever yang boleh dikaitkan dengan unsur negatif dalam diri. So I keep holding on to that. Thanks abah for always makes me better. 


So guys, dalam apa jua keadaan, just bear in mind that semua manusia tu tak sempurna. Semua pasti ada cacat celanya. Tak percaya? Lihat diri anda di cermin saat ini, semestinya ada saja yang anda akan rungutkan. So that's it. Just do what you want and never make your weakness as your number one's obstacles!