Thursday 12 April 2012

PENEMAN TERBAIK SELAMA 4 BULAN..

The name is, Icok.





Selepas pemergian awak, takde orang lagi nak....

  • teman saya lipat baju, sambil awak konyokkan baju saya
  • teman saya study
  • teman saya turun bawah lepas pukul 12 malam sebab saya takot gelap
  • tunggu saya siap mandi, even kena percikkan air pun, awak tunggu depan toilet
  • cakar sofa kat rumah sampai keluar benang
  • teman abah buat air
  • kejar semua orang yang nak pergi dapur even awak tengah tidur sekali pun
  • menyahut bila orang panggil awak, walaupun awak malas, tapi awak gerakkan sikit mulut buat macam awak nyahut
  • teman Singkara (kucing berwarna hitam berusia 5 bulan, berstokin putih dan berjari 6) yang diambil dari klinik untuk teman Icok
  • buat-buat terkejut kalau Singkara lalu, kononnya Singkara tu macam satu lembaga hitam
  • tidur atas kain depan pintu depan dengan pintu dapur
  • acah-acah gigit tangan saya kalau saya letak jari kat mulut awak, sampai awak marah sebab tak dapat gigit
  • kacau abah kalau abah kemas barang kat luar sampai tak jadi kerja
  • nyorok dalam jubah saya tiap kali nak suruh awak keluar dari bilik
  • dibuat sebagai gurauan dengan kekasih hati saya
  • galok secara tiba-tiba 
Lastly, takde dah yang boleh buat saya ketawa sorang bila teringat kelakuan awak...

Sebab awak dah pergi tinggalkan saya, selama-lamanya....

Saya tak sangka malam tu malam terakhir awak tidur dengan saya, dan sebenarnya, malam tu saya ada rasa pelik sikit dengan perangai awak, sebab awak tidur nyenyak sangat atas perut saya. Lepas tu saya decide keluarkan awak pukul 12 malam sebab saya takot awak berak sebab tiba-tiba awak jadi bising. Rupanya pukul 2 tu awak kena langgar dengan kereta. Hmmm.



Jumpa kat syurga Icok ye, insyaAllah. Saya rindu awak sangat.


P/S : Sejam lebih pegang tangan awak yang dah sejuk sebelum tanam awak tu tak cukup bagi saya :'(